Pengenalan Raudah :)

Assalammualaikum wbt. Salam sejahtera dan Salam kasih sayang untuk smua pengunjung Blog Raudah ini <3

Kenapa nama blog saya raudah ??

Raudah adalah sesuatu yang paling istimewa. Saya pasti mesti percaya anda tau pasal raudah di masjid nabawi, Madinah. Yup, memang ini yang saya maksudkan Raudah @ Taman Syurga. Saya benar-benar berdoa, berhajat, bercita-cita untuk ke Taman Syurga yang hanya satu-satunya di dunia ini.

Raudah disebut “Taman Syurga” berdasarkan pada hadis nabi SAW : “ Diantara rumahku dan mimbarku adalah sebahagian dari Taman Syurga”
-(Muttafaq ‘Allaih)

Pengertian raudah sebagai  ‘Taman Syurga’ pada hadis di atas terdapat beberapa pendapat para ahli, antara lain adalah seperti berikut:

1.       Allah SWT menurunkan rahmatNYA dan sebagai kebahagian ditempat itu, kerana ditempat itu dilakukan zikir dan pengabdian diri kepada Allah, yang kerananya tentu saja dijanjikan syurga

2.       Tempat itu kelak setelah kiamat, benar-benar akan dipisahkan oleh Allah SWT ke Syurga sehingga ia menjadi sebahagian dari taman syurga yang hakiki.

3.       Orang – orang yang pernah berdoa di Raudah akan melihatnya disyurga
Kepada saudara-saudari yang sudah sampai ke Raudah, dapat solat dan berdoa di Raudah..alangkah untuknya kalian. Doakan kami yang belum lagi berkesempatan ini semoga di murahkan rezeki dan dipanjangkan umur agar kami dapat ke sana, InsyaAllah  :)




2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Amin..semoga kami dapat menjejak kan kaki ke bumi Raudah :)

    ReplyDelete